Followers

Sunday, May 27, 2012

babyHikari belum ada nama la..... :)


D.O.B : 24th May 2012
berat : 3.4kg
panjang : 50 cm
Jantina : Gugurl

Nama belum ada lagi.. tapi nak letak 'Nurul' kat depan.. hehe..
kuat sangat menyusu.. mudah menjaganya untuk selama 4 hari ni.. (akan datang lum tau..hehe)

OK.. nanti update lain.. tu pic dari henpon.. nnt la upload lain ek.. THANK YOU untuk semua wish dan ucapan, serta doa yang diberikan.. syukur Alhamdulillah!

Friday, May 25, 2012

Sudah bersalin! - babyHikari dah sampai...

hye..
Nak umumkan, saya dah selamat melahirkan.. Citer pengalaman bersalin saya ringkas je.. tapi rasanya entri ni macam panjang lak..
alhamdulillah, khamis pagi (24 Mei 2012), saya selamat melahirkan baby girl..
Pagi tu, dalam pukul 3.45, saya nak ke toilet.. tiba-tiba macam tak dapat ditahan-tahan, saya terasa ada air mengalir di kaki.. time tu tepi katil. Ingatkan saya terkencing, sebab color kuning macam urine biasa tu... tapi pelik, sebab terus mengalir perlahan je..

Kejutkan suami yang tengah tidur, berdiri terus dia... hehe..
Oleh sebab contraction baru nak mula, kami bertolak ke hospital pukul 4 pagi. Konon takut false alarm je.. (eii.. dah keluar air pun ingat false alarm lagi.. hehe)..

sampai ke hospital, terus pi bahagian dewan bersalin. Time ni pukul 4.30pagi... Lepas daftar, disuruh tukar pakaian, then masuk bilik persediaan untuk cek CTG (jantung baby)..jam masa ni dah pukul 5 pagi..buat CTG selama setengah jam.. time ni sakit contraction mula terasa.. macam senggugut kuat.. sakitnya dalam 10 minit sekali.. tak selesanya bila alat CTG tu ada kat perut, dalam masa yang sama kena tahan sakit..

Pernah terbaca dalam blog kak engku bidan, petua nak redakan sakit contraction, alhamdulillah berkesan. Caranya, time sakit kuat tu datang, tarik nafas dalam-dalam (bukan tahan nafas ye), pastu lepas perlahan-lahan..ikut mulut.. time ni saya membayangkan sambil hembus nafas tu seolah-olah menolak babyhikari ke bawah.. (saya berlatih teknik bernafas ni sejak minggu 36 ketika buang air besar tanpa teran..hehe.. berkesan tau.. Tanpa teran pun badan kita menolak 'buangan' tu dengan sendirinya)

Selepas CTG, baru datang doctor nak buat VE (cek bukaan).. dah pukul 5.45pagi.. sebelum tu saya sempat dengar suara ibu yang sedang bersalin di ruang sebelah. Dengar cite nurse, dari pukul 2 pagi lagi dia dah masuk situ.. Bukaan dia statik 4cm. Seram woo time ni.. tetiba contraction saya makin dekat.. 2-3 minit sekali.. makin sakit lak bila terdengar ibu tadi menangis kuat..

Ok sambung cek bukaan tadi, rupa-rupanya bukaan saya dah pun 6 cm time ni.. Alhamdulillah, sakit tak lama. Terus dibawa ke labor room. "eh, saya kena bersalin sekarang ke?", jawab misi India tu, "kenapa? awak tak percaya ye awak nak bersalin?", saya sangka lepas CTG diorang akan bagi saya masuk wad. Macam selalu saya dengar la kan.. lepas turun air, mungkin beberapa jam lagi bukaan akan sepenuhnya, barulah masuk labor room, kan..

"air ketuban awak dah tukar color kuning kan.. takut baby dah berak, jadi kita nak awak terus bersalin.." tu diaaa....

Masuk dalam bilik bersalin, dah pukul 6.00 pagi. Saya dibiarkan keseorangan menahan sakit. Seorang nurse duduk di depan pintu bilik memantau sambil tulis report. "kalau rasa nak teran berak, bagitahu ye.." Itu je pesannya.. saya ni terpikir-pikir la...tup-tup betul rasa nak meneran tu datang tiba-tiba.. "nurse, betul rasa nak terberak ni.."," ok.. teran la" dia suruh saya.. hehe.. saya teran, tapi yang keluar ta*i betul.. hehehe..

Dalam setengah jam kemudian, beberapa kali push..Pukul 6.31 pagi, lahirlah puteri kami... Kira sepanjang bermulanya rasa sakit bersalin saya start contraction pukul 4 pagi sampai la ke pukul 6.31 pagi, lebih kurang 2 jam lebih je saya terasa sakit.. masuk labor room pun setengah jam je.. dengan berat baby 3.4kg (agak besar, syukur Allah memudahkan urusan saya ketika melahirkannya.. alhamdulillah!)

Ahlan wasahlan.. Syukur kepadaMu YaAllah...

Petua yang saya pernah kongsi di sini, itulah yang saya amalkan.. Cuma saya tak amalkan urutan perinium tu dengan betul.. terasa nyilu lak nak sapu gosok ke dalam. Saya cuma sapu luaran je.. Jadi, saya menerima luka koyakkan 1st degree, tanpa episiotomi.. Hospital ini mengamalkan jahit perinium tanpa bius.. warghh... hidup-hidup saya dijahit tau!.. mujur sikit je lukanya.. Tang sakit dijahit lagi sakit dari contraction bersalin..huhuhuhu..

ok.. itu saja pengalaman saya.. sekian.

HIKARI : perlukah saya tutup blog ini selepas ini?

Wednesday, May 23, 2012

tatau nak jawab apa..

Pagi-pagi saya dah bersiap ke opis. Kebetulan bertembung dengan seorang kakak cleaner ni.. "eh puan.. belum cuti lagi ke?" saya senyum-senyum je.. " belum lagi, saja malas nak cuti duk rumah pun bukan buat apa..", sekadar basa-basi je.. "eii.. kesian tengoknya Puan.. cuti je la..", hehehe.. saya tak jawab pape..

Lepas tu, masuk je opis, nak duduk di meja.
"eii... ko ni bila nak bersalin ni?... buat apa ko datang sini lagi?"..

erk...saya nak jawab apa ye?

sorang lagi datang tegur, "akak dah start cuti kalau lagi 2 minggu nak bersalin.. maleh masuk opis dah.."

pastu dua tiga sms masuk dalam phone...
1st sms : "kau dah kat hospital ke?"
2nd sms : "ko dah bersalin ke, kat mana ni.."
3rd sms : "bersalin hospital mana?"..
cuma dalam hati je la saya jawab macam ni..

"babyHikari sayang mummy dia.. tak mo keluar awal la...", haa.... tatau nak jawab apa.

Last-last, saya mintak izin bos, nak balik rumah. Rehat. Sekarang ni saya tengah syok rilex-rilex atas sofa sambil tengok movie.. Grrr.... tension lagi duk opis bila semua duk fobia tengok saya datang kerja... adeh..!

Monday, May 21, 2012

week 39 - belum lagi da...

Hye.. tak sangka dah masuk minggu last!...

Walaupun saya kerap tulis di sini betapa tak sabarnya saya nak berjumpa babyHikari.. Jauh di sudut hati saya hanya mahu melahirkannya apabila betul-betul tiba masanya.. InsyaAllah.. maknanya, jika belum ada sebarang tanda, saya just stay home, tunggu saja lah! hehe.. Semalam ada kawan saya sms. (Ramai yang asyik sms sekarang ni kan..), bertanya bila saya nak masuk wad.. bila mahu bersalin?, tak mahu bersalin awal ke? Tengok Zakiah dah seminggu bersalin, kata duedate sama?.. etc..etc..

Hei, jangan lah stress ok.. Saya pun masih happy membawa babyHikari ke mana saja.. Sayang sungguh baby kat saya kan? masih mahu duduk diam-diam di dalam.. Sebelum tidur, saya selalu rasa terharu..(erk..sayu?), bila mengenangkan saat dia akan berpisah dari jasad saya.. hehehe.. (merepek sikit)..

Oh.. oo.. (time menaip ni pun ada sms lagi bertanya bila saya nak bersalin)

Sepatutnya saya tak payah bagitahu tarikh sebenar bila due saya bersalin, kan...dah merisaukan ramai orang je.. (pagi tadi saya masih drive ke bandar mencari herba mandian baby pulak), risau sungguh la diorang kut saya boleh terberanak ketika drive.. ish..ish.. terima kasih atas perhatian yang diberikan.. tapi saya belum overdue lagi ok... masih ada 6 hari lagi kut baru nak declare overdue.. kan..kan..

oh ya, tentang tanda bersalin.. Saya dah dapat satu daripada kebanyakkan tanda nak bersalin yang selalu diperkatakan tu.. hehe.. bloody show sikit pagi tadi.. Bila baca di internet, ada yang selepas 3-4 hari baru bersalin, ada jugak yang 2 minggu kemudian baru bersalin. Bergantung juga ke atas individu tu sendiri.. So, belum ada contraction lagi, saya MC saja hari ni.. rilex-rilex di rumah.. yawww...

Doakan saya ye everybody!...

Thursday, May 17, 2012

11th check up - 10 days to go..

Masih lagi.. hehe..

hari ni check-up di Klinik Desa..
Tarikh : 17 May 2012
Berat : 78.4kg
Tekanan darah : 120/70
HB : -
kedudukan janin : cephalic (scan)
jantung baby : 141/min
tinggi rahim : 37 cm
kaki bengkak : tidak


Misi sembang-sembang, cakap kalau ada keluar tanda bersalin terus ke hospital. Kali ni dah tak ada nasihat sangat.. dia cakap dah tunggu hari je.. buku merah saya sudah bertampal kertas baru sebab dah penuh sangat dengan catitan.


Nasihat dalam buku merah tu begini : Segala barang penting perlu disimpan siap dalam beg. Buku Merah, GL, I.C memang sedia ada dah..


HIKARI : Belum rasa nak bersalin lagi.. makin lama makin sayang pulak kat perut buncit ni..

Monday, May 14, 2012

week 38 - nesting instinct ke?

                                                            (bilik berpantang idea : google)

Semalam kami ke IKEA, beli banyak barang untuk babyHikari. Ada yang sama-sama pi IKEA tak semalam? ntah-ntah kita bertembung..hehe.. Balik tu sangat penat. Tapi sangat excited.. Malam tadi juga dah mula pasang segala.. rak, kabinet, baju-baju siap disusun juga.. Sekarang ni bilik 'berpantang' dah hampir siap.. barang-barang mummy je masih tak kemas lagi. Tapi dah letak selonggok jugak kat bilik yang sama..

Malam tadi bukan main lagi gagah nak kemas semua, siap sapu-mop lantai lagi. Dalam hati juga berkira-kira kalau tak bersalin minggu ni, kami nak cat bilik.. huayoo.. tak dapek kut.. kang bau cat tak elok untuk kami yang sedang berpantang nanti... Tiba-tiba je rasa banyak betul tenaga nak semuanya. Orang kata itu tandanya Nesting instinc.. tanda macam burung nak bertelur la.. nak buat sarang, prepare untuk bakal anak-anak menetas.. ye ke? Tapi kami ni masih tak sudah-sudah lagi nak mengemas itu ini. Selagi belum bersalin kut.

HIKARI : Hari ni saya cuti.. malas nak duk kat kerusi opis. Nak baring berehat di katil je..

Saturday, May 12, 2012

10 th check up - citer seram

check up minggu 37 kat Klinik desa.. Lambat la update..
Tarikh : 10 May 2012
Berat : 77.8kg (dekat nak sekilo naik)
Tekanan darah : 120/70
HB : -
kedudukan janin : cephalic (scan)
jantung baby : 150/min
tinggi rahim : 37 cm
kaki bengkak : tidak

Hari tu check up, misi duk cerita seram pasal bersalin. Camne kene gunting la.. kena seluk la.. jahit lepas bersalin la.. versi yang dia citer semua pasal masalah je.. takde lak nak citer yg indah-indah.. yang bersalin senang ke.. cepat ke.. takde koyak ke.. semua tu takde.. katanya, supaya saya sedia mental dan fizikal menempuh hari bahagia tu nanti.. ish..

Ya Allah, permudahkan lah...

Tuesday, May 8, 2012

bikin panic je..

We had sex yesterday.. (itu pun nak bagitau ke.. tapi ini bukan nak buat pengumuman..hehe)

Sebenarnya sepanjang pregnancy, kami tak pernah ponteng. Seminggu beberapa kali, tapi sebelum suami berpindah ke sini, (kami sebelum ni PJJ) kami cuma bersama seminggu sekali je.. Selagi tiada tanda-tanda risiko ke atas kandungan, gynae bagitau takde masalah.  :)

Tapi semalam, menjelang awal pagi perut saya mengeras kuat. Kerap. Mula-mula saya buat tak kisah, anggap babyHikari sedang aktif bergerak. Tapi lama-lama makin sakit pula. Seperti senggugut. Saya periksa selang waktu sakit, ada la dalam sejam sekali.. sakitnya berlarutan sampai ke subuh. Hati saya mula risau. Takkan dah rasa contraction ni? awal sangat. Sebab baru je khamis lepas scan, doctor bagitahu baby belum enggage lagi.. Lagi pun minggu ni baru je 37 weeks.. ada lagi 3 minggu lagi nak sampai due..

Akhirnya kami buat keputusan untuk ambil cuti je hari ni. Masih nak tunggu macam mana. Siap call ummi lagi. Kelam kabut dia nak ke mari. Tapi suami kata tunggu dulu. Kalau betul-betul keluar tanda, baru ummi datang. Panic taktau nak kata dah.. (dah macam drama tv je). Dalam duk panic tu sempat jugak saya check beberapa kali barang baby. Beg hospital pun duk 3,4 kali cek.. Mula la rendam akar siti Fatimah tu. Time ni dah cuak sebab suami tak sempat buat air selusuh lagi untuk saya.. Sarapan pun siap demand nak makan bihun seafood. Konon dah bersalin nanti kena pantang dah.. hehehehe.. kalut la kan..

Penantian sehingga tengahari, yang kecewanya apa tanda pun takde. No bloody show, no regular contraction.. nothing.. Hilang terus sakit tu. Suami seakan frust. Hehehehehe... sabar lah dear, belum ready lagi la dia nak keluar jumpa kita.. hehe.. Rugi AL satu hari..

Jadi kami menganggap, mungkin sebab 'ML' malam tadi kut terus uterus saya ni mengeras.. hehehe...Lasak sangat tak baik untuk baby..hehe..

HIKARI - False alarm je tu..

Monday, May 7, 2012

week 37 - terima kasih

BabyHikari sudah di minggu 37..

Wahai rakan-rakan maya saya.. (sejak saya TTC hingga ke saat ini) saya sangat hargai dan bersyukur dipertemukan dengan kalian, walaupun cuma diruangan siber ini. Alhamdulillah..

Saya tidak pernah lupa saya juga pernah berada di tempat yang sama ketika TTC dulu. Malah, saya masih lagi mudah berkecil hati pabila soal anak dibicarakan. Hanya mereka yang pernah TTC saja memahaminya. Penulisan saya tidak secantik rakan-rakan dalam blog masing-masing. Adakala mood saya juga turun naik. Semua catitan saya hanyalah lahir dari perasaan saya ketika menulis waktu itu.

Saya hargai apabila ada yang menyatakan suka membaca blog picisan saya ini. Malah sehingga ke tahap ini masih lagi mengambil berat dan berkongsi pengalaman dengan saya. Terima kasih daun keladi..

Sebenarnya saya tidak pernah menggunakan ayat seperti " saya minta maaf kepada rakan TTC sekiranya berita yang saya nak bagitahu ini akan mengguriskan hati rakan yang masih menanti..kerana saya telah positif UPT.. sekian...sekian..sekian.." di dalam blog saya seawal berita yang ditunggu itu saya terima.. Saya sensitif dengan kata-kata seperti itu.. (entri ini cuma apa yang terkandung dalam pemikiran saya)

Saya bermaksud bukan berbangga. Tidak sama sekali!.. Ikhlasnya saya mahu berkongsi berita gembira supaya rakan-rakan sama merasai rasa kesyukuran saya bersama. Saya sendiri pernah ditebak dengan kata-kata itu oleh rakan saya sendiri.. " eh, kau jangan kecik ati ye.. aku nak bagitau ni.. aku dah ada.. dah 7 minggu pun..".. sebenarnya ayat "eh, kau jangan kecik ati ye.." itu pun dah meninggalkan luka yang amat parah di hati saya... meletakkan saya seorang yang masih gagal. Lagi saya sedih. Lalu bagaimana reaksi saya? dah jadi talam dua muka pula.. terpaksa mengucapkan tahniah diiringi doa.. walhal hati saya sangat keciwa..

Itu secebis pengalaman.. kini saya meneruskan kehidupan baru saya.. Ramai rakan saya masih tidak menyedari saya kini sudah berbadan dua, malah sudah semakin hampir waktu bersalin pun masih ada yang tidak tahu!.. Ada seorang teman sound begini terhadap saya " eh, kau ni pergi lah berjogging, kang laki kau lari pulak tengok perut ko buncit macam ni..", saya bertubuh besar. Pregnant pun orang sebut saya ni buncit perut besar saja.. hehe..

Ada sebab ke kenapa saya perlu bukak blog baru? Tiada sebab. Hanyalah semata-mata sebagai blog kenangan indah saya sepanjang kehamilan. Saya mahu menyimpan memori ini yang ntah akan datang akan merasai lagi ke tidak...

Kepada rakan-rakan yang menyinggah dan membaca blog saya ni... saya mohon supaya doakan saya dipermudahkan ketika bersalin nanti ya.. Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki... InsyaAllah..

HIKARI - masih awal lagi nak bersalin.. hehe..

Thursday, May 3, 2012

9th check up - rutin mingguan bermula!

Hari ni punya status : (week 36)

Tarikh : 3 May 2012
Berat : 77kg (turun lak)
Tekanan darah : 120/70
HB :12.4
kedudukan janin : cephalic (scan)
jantung baby : 149/min
tinggi rahim : 36 cm
kaki bengkak : tidak

Hari ni scan lagi. Ikut tarikh scan hari ni, babyHikari kelihatan agak panjang. "ayahnya tinggi ye?", doc tanya sebab kat skrin tu tunjuk kakinya sudah 38w3d. Huih.. tapi tang perut dia kecik je.. baru 35w.. dan hasilnya keseluruhan; keputusan scan menunjukkan usia kandungan sudah pun 37w1d, EDD pun bertukar menjadi 23 Mei 2012 pulak dah. Berat sudah 2.95kg.. doc kata baby kurus tapi panjang.

Kedudukan kepala belum masuk laluan lagi. "Jauh lagi ni", kata doctor.. hehe.. boleh pi shopping, pi kenduri, pi jalan-jalan lagi.. Sengkak bawah perut dah mula terasa sikit-sikit. Tanda-tanda kelahiran juga masih tiada, tapi kena alert.

Cuma, berat saya pulak makin turun, walaupun baby semakin membesar. Doctor minta saya banyak makan.. supaya ada tenaga. Makanan berais kena elakkan sama sekali mulai minggu ni. Sebab dikhuatiri terkena jangkitan batuk menjelang kelahiran. Tak elok tau. Lagi-lagi bila dah sarat, rahim kita ni agak lembut. Batuk boleh menyebabkan rahim turun ke laluan.. wuih.. mungkin sebab batuk tu menekan perut kut.. (tapi tak best pulak bila panas-panas tengahari tak dapat ais.. kan..hehe)

So, next check-up saya sekarang ni adalah minggu depan! Maknanya sekarang ni dah mula rutin lawatan klinik setiap minggu pulak..

:)

Wednesday, May 2, 2012

week 36 - considered to have reached full term!

Baby Hikari di minggu 36.

Sabtu lepas, family saya berhimpun di rumah saya ni. Ummi, ayah, adik-adik semua ada. Letih, tapi saya gembira. Masak-masak pun meriah. Banyak menu dibuat masak. Seronok sampai terlupa yang diri saya ni telah masuk bulan terakhir kehamilan. Final term orang kata... Alhamdulillah, masih diberi kudrat dan kesihatan yang baik.

Seorang bapa saudara saya juga sedang menanti kelahiran cucu sulungnya, (kebetulan due sama ngan saya) agak hairan melihat saya. "eh, sihat betul kamu ni, Zakiah dah tak boleh ke mana-mana dah..", senyum saya menjawab, "harapnya terus aktif sampai hari bersalin", hehehe... Harapnya.

Last week tak sempat check up. Perkembangan terkini saya update later la ye.. Minggu ni mungkin kami akan buat scan dan juga ingin bertanya gynae mengenai peluang kaedah kelahiran yang bagaimana. Faktor risiko dan tanda-tanda kelahiran.

Saya mengalami ngilu di gigi beberapa hari lepas. Sakitnya amat sangat. Sampai mengalir air mata. Kumur-kumur dengan air garam baru terasa lega kejap. Bila saya cuba goyangkan geraham, tetiba terasa gigi saya dah longgar! seram okeh! Bila diadukan kepada ummi, katanya saya kurang kalsium. Biasa ibu mengandung ni mudah mengalami reput tulang sebab kalsium juga diserap oleh baby sepanjang proses kehamilan.Saya bertanya suami, macam mana kalau saya rongak lepas bersalin ni.. suami kata "lepas ni jangan sengih la.. kena senyum tutup mulut..", hehehehe.. Kena rajin makan pil kalsium kalau tak mau rongak. Anak baru sorang. Kalau berderet-deret, setiap kali hamil gigi rompong.. ish..

Aha, lupa nak cerita Ummi saya ada buatkan sarung tilam dan bantal untuk babyHikari. Walaupun kami dah siap beli set tilam, tapi ummi saya nak juga berikan sentuhan opahnya...Terima kasih ummi.. kebetulan minggu lepas adik saya berikan baby cot kepada saya. Minggu ni saya nak deco-deco sikit lah bilik babyHikari. Buat tempat simpanan pakaian dan katil saja. Tidur nanti haruslah dengan mummynye juga..

Lately ni, tidur malam saya semakin terganggu. Sudah lebih kerap. Pinggang juga sakit bila cuba beralih badan. Asyik tidur-bangun tak menentu..sebab asyik terasa nak wee-wee je.. perut juga semakin menekan dada, saya selalu tercungap-cungap susah nak bernafas.Kena alas bantal yang banyak, baru selesa. Kesian suami bila saya tepis tangannya ketika dia cuba memeluk saya. Sorry dear, terasa semput la..tapi saya pandai pujuk tau.. (hehe).. Pergerakkan babyHikari juga sudah semakin mudah nak jangka.. kata ummi, itu nanti akan jadi corak waktu-waktu yang akan dia bangun tidur. So, get ready je lah..

Cara berjalan saya juga sudah berubah sama sekali.. dah macam king-kong kata suami saya.. haha..no more cat walk lagi.. king-kong terus ha..bila masa gaya jalan berubah pun saya tak sedar. Tak mengapalah, masih boleh berjalan bangun sendiri lagi..

Rutin dah masuk minggu 36 kini, saya minum sesudu minyak kelapa setiap malam.. paling ditunggu-tunggu time suami tolong sapukan minyak kelapa ke perut. Semoga mudah bersalin doanya.. kenangan indah time preggy yang ini la.. suami banyak memanjakan. Syukur..terasa diri dihargai. Selalu kalau dia sembang-sembang dengan babyHikari, didoakan supaya dah lahir nanti jadi anak yang soleh/solehah dan mendengar kata ibu.. "penat mummy kamu bawak kamu, tetiap malam kena tendang..", hehe.. Amin..

Sungguh..! dalam rasa berdebar tu, kami sememangnya sangat teruja sekarang ni...

HIKARI - Terasa semakin tak sabar!

Thursday, April 26, 2012

ponteng check up!

Hari ni sepatutnya pi check up. Ada kekangan yang tak dapat dielakkan.. terpaksa tunda esok atau next week..

Kudrat badan ni (untuk hari ni la) terasa dah sampai ke tahap maksima. Mungkin terlalu mengejar untuk menyiapkan segala tugasan.. (hehe.. maklum le minggu depan dah plan nak slow down kan.. minggu ni kena la pulun siapkan semua..)

:)... nanti saya update later la ye.. ade keje lagi ni.. hehe

Monday, April 23, 2012

week 35 - so far so good..

Alhamdulillah.. rezeki anak agaknya.
Rumah kami di Cheras telah berjaya disewa. Beban bayaran loan bulanan untuk rumah dah takde lagi. Syukur. Maka, hari sabtu-ahad lepas kami terlepas peluang untuk shopping di Pureen clearance stoeck tu.. hehe, itu namanya 'kita hanya merancang, Allah yang menentukan..'.

Minggu ni baru je masuk minggu ke 35. Perjalanan terasa sangat cepat. Start minggu depan saya nak slow-down sikit. Susun atur barang-barang si Kecil dan saya juga belum sepenuhnya selesai. Ada saja barang yang kurang. Nak kena balik kampung untuk ambil ummi-menemankan saya ketika berpantang. Kak Intan (tukang urut) perlu diingatkan..supaya dia available di hari bersalin nanti.. orang bz tu..

Alhamdulillah saya masih cergas berlari lagi walaupun dah masuk minggu 35 ni, walaupun gejala ketidakselesaan tu tetap ada.. tapi tidaklah menyusahkan saya langsung. hehe.. Happy.. Cuma selalu sangat saya ter'wee-wee' setiap kali batuk atau bersin, even bila saya ketawa pun... Baby menekan ke bladder.. setiap kali saya kena kerap ke toilet, kalau lewat wee-wee, buleh sakit perut dibuatnya..

Tentang pedih ulu hati, biasanya kalau saya makan makanan pedas atau lewat makan. Sure rasa pedih sangat. Tiap kali pedih je, saya dah prepared sesiap gula-gula atau candies, mujarab betul bagi saya.. ehehe..tapi tak buleh amalkan selalu.. diabetes lak nanti.. Perihal senaman pula, sekarang ni saya masih teruskan senaman 'kegel' tu.. tapi teknik pernafasan pulak masih tak clear lagi camne nak amalkan..hehe.. takpe, saya praktis pelan-pelan je la.. masih semput-semput je..

Pemakanan tambahan saya, saya just continue je minum pati delima tu, segala vitamin dan susu hi-goat.. kismis.. hope perjalanan saya dipermudahkan Allah SWT.. amin..

HIKARI - Braxton hicks..aduh.. ketatnya perut ni..

Wednesday, April 18, 2012

awal ke lambat?

Sepupu saya baru je bersalin kelmarin. Baby boy.. alhamdulillah. Walaupun kena czer, ibu dan baby sihat. Sembang-sembang dia kepada saya :

" ko rasa ko bersalin awal tak?"
"ntah".. saya tak tahu rezeki saya bagaimana..
"orang kata baby boy bersalin awal.. lagi-lagi anak sulong.. tapi aku lewat seminggu jugak.. baby dah stress lagi.. takut lemas, aku pilih czer je la.."
"itu orang kata.. rezeki memasing kan.."
"ko scan nampak gugurl ke boboi?"
"nampak fink.. haha"
" ha.. orang kata gurl lambat sikit.. maklumla, fitrah perempuan kan.. sebelum keluar rumah nak mekap-mekap dulu.. haha.. tu sebab lambat keluar.."
"erk.. ye ke.. tapi kami dah tak sabar ni.. hehe.."
"cepat ke lambat ke.. asalkan selamat sihat semua sudah.."

yang last tu saya setuju..

Tuesday, April 17, 2012

week 34 - 40 days left

Kami hanya tinggal lagi 40 hari...
oh, sangat tidak sabar..

Minggu ni nak shopping lagi.. barang semua dah siap, cuma hati tu belum puas nak bershopping.. Minggu ni kami akan ke Pureen Stock Clearance Sale.. jom! promosi hanya pada 21 & 22 April 2012 je..




klik gambo untuk lebih jelas..




Thursday, April 12, 2012

8 th check up - naik hampir 2 kg

Hari ni punya status : (week 33)

Tarikh : 12 April 2012
Berat : 77.6 kg (naik hampir 2kg)
Tekanan darah : 120/70
HB : tak amik
kedudukan janin : cephalic (nurse pegang perut je)
jantung baby : 152/min
tinggi rahim : 31 cm (kurang 2 cm dari sepatutnya)
kaki bengkak : ya

Wah.. dalam masa dua minggu je, berat saya mendadak naik hampir 2 kg.. minggu ni bertambah-tambah selera sejak daddyHikari rajin sangat makan kat rumah. Tiba-tiba juga semangat saya nak memasak semakin menjadi-jadi.. Penambahan berat badan juga turut mempengaruhi.

Tapi rupa-rupanya penambahan berat saya kali ni dikatakan tak sepatutnya banyak sangat dalam masa dua minggu.. Pulak.. risau risiko lain pulak dapat. Jadi minggu ke 36 nanti saya ada temujanji lagi di Klinik Kesihatan. Untuk pemeriksaan keseluruhan pula...

Keadaan kaki saya juga sebelah dah membengkak. Saya dinasihatkan kurangkan makanan berlemak dan masin, banyakkan minum air kosong, tidur kena angkat kaki tinggi dan jangan duduk dalam keadaan kaki tergantung. hehehe.. tau2 je saya suka duduk goyang2 kaki.. Kena tukar la kebiasaan selepas ni. Ada 6 minggu je lagi pun kan..

Keadaan saya sekarang ni sangat baik. Keputihan sudah kurang (tetap masih ada), sakit belakang juga agak kritikal kalau duduk terlalu lama atau time tidur di waktu malam. Nipple saya juga sudah semakin terbentuk.. (wah.. malu lah cite kat sini), kalau lah saya tahu, dah lama saya mulakan pakai nipple form tu start dari bulan ke 5 lagi.. hehehe.. citer pasal nipple form tu ada saya tulis kat entri tajuk "mampukah daku".. yang bestnya sehingga ke tahap ini, saya langsung tak ada strech mark.. (mungkin kesungguhan menyapu minyak kelapa dara setiap malam sebelum tidur).. atau mungkin jugak perut saya dah jenisnya begini kan...

Paling penting untuk masa sekarang ni saya wajib start alert tanda-tanda bersalin. Takut ada tanda bersalin awal je.. kena cepat2 refer ke hospital.. Selepas ni nak mulakan senaman2 permudahkan bersalin la pulak.. (belum mulakan lagi~ weuweu..)

HIKARI : Last week, berat babyHikari sudah 2 kg.. :)

Tuesday, April 10, 2012

HOSPITAL CHECKLIST

kredit to miakididdles

1. Untuk Ibu:
>>> Pra-kelahiran:

  • Buku merah
  • I/C
  • Guarantee Letter from Company
  • H/P
  • Buat santai : Buku / majalah / notebook
  • Makanan ringan i.e buah kurma / biskut / milo 3 in 1 / air selusuh / air zam-zam

>>> Pasca Kelahiran:

  • Kain batik
  • Sweater
  • Selipar
  • Stokin
  • Peralatan Mandi i.e Tuala mandi, Berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, sabun mandi
  • Baju Nursing yang akan digunakan untuk pulang (pilih yang longgar dan butang di depan agar mudah untuk menyusukan bayi) + tudung sarung yg sesuai
  • Pakaian dalam i.e nursing bra / disposable panty
  • Maternity pad
  • Breast Pad
  • Bag Plastik
  • Sikat / bedak
  • Breast Pump + botol storage
  • Bengkung


2. Untuk Bayi:

  • Baby Diapers + Cloth Diaper (ni 1st time nk cuba)
  • Baju lengan Panjang + Sluar panjang
  • Baju Lengan pendek + Sluar
  • Romper
  • Sarung tangan & stokin
  • Barut
  • Topi
  • Baby Wipes
  • Tuala kecik
  • Minyak Telon
  • Selimut/Bedung


3. Untuk Abah:

  • Kamera
  • Kamera Bateri Charger
  • Pakaian i.e T-Shirt, sluar, kain pelikat, Selipar
  • Makanan ringan
  • Buku atau majalah sebagai bahan bacaan saat istirehat.

Monday, April 9, 2012

week 33 - feeling... feeling

Ouch.. minggu ni amat-amat kesibukkan. Mengenangkan jadual tugas semakin kritikal yang harus disiapkan. Namun kami berdua masih dalam situasi amat menyenangkan. Rasa senang bila mengira detik itu semakin hampir.

Semakin membesar babyHikari, terasa kekerapan membuang air tidak dapat ditahan-tahan lagi. Terasa terus membuang. Panties spare memang wajib dibawa setiap hari. Masakan tidak, setiap kali bersin atau batuk juga boleh membuatkan saya 'terkucil' saban hari.

Jadi, sudah tentunya ruangan di 'dalam' sana juga semakin sempit. Terasa tendangan babyHikari begitu kuat. Lagi-lagi semasa tidur. Boleh terbangun terus. Nafas juga terasa sesak.-- tapi, saya bahagia. Mengalaminya lalu menikmati saat ini sudah terasa bahagia apatah lagi saat mendakap dirinya nanti. InsyaAllah. Tidak sabar!

HIKARI : for the next few weeks I’m doing my best to enjoy the movement as much as possible...

Friday, April 6, 2012

scan lagi

Pagi seawal pukul 7.45am dah sampai ke klinik kesihatan ibu dan anak. Alhamdulillah dapat no.2.. ada yang lebih awal dari kami. Terus nurse minta letak buku depan pintu, dalam kurang 15 minit nama saya terus dipanggil.

Hari ni scan lagi. Husband dipanggil masuk sekali. Hehe.. walaupun dia nampaknya tak paham pun skrin tu tunjuk apa, tapi semua nak ditanya. Itu tangan ke? jari-jari dia jelas nampak eh? kepala ke ni? perut ke? jantung dia lajunya.. ukur apa itam-itam tu?.. aaaaaaaaa.. tu antara soalan-soalan suami..maklumlah sebelum ni semua check up saya pergi sendirian je.. mujur doctor indian lady tu sangat peramah, melayan semua soalan.. pagi lagi kan.. mood memang baik..

Hasil scan gambar takde. Sebab letak je alat tu kat perut, yang nampak terus penuh skrin tu.. bulat.. pastu tang tangan ke kaki ke.. terus view sebatang tulang tangan/kaki.. babyHikari dah besar. Penuh skrin. Nak nampak hasil scan 2D, memang tak memuaskan la.. kami tak buat 4D scan.. memandangkan doctor kata semua normal dan sihat takde masalah.. memadailah 2D scan sahaja..

Nextweek check up di klinik desa saja..

Thursday, April 5, 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

saya share dari seseorang di FB...
Semoga ada manfaat untuk kita semua..

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama:

Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua:

Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga:

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat:

Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima:

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda
(intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam:

Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh:

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan:

Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan:

Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh:

Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas:

Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas:

Bertengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas:

Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas:

Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas:

Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)


Wednesday, April 4, 2012

babywearing - wishlist terbaru..

Selain daripada gugel persediaan menyambut orang baru, ade jugak saya gugel tentang babywearing ni. Dalam mencari-cari ilmu breastfeeding, terjumpa pula pasal babywearing jugak..

Bagi saya babywearing ni keperluan saya yang wajib ada. Selain daripada car seat, stroller, baby cot etc.. alhamdulillah barang-barang tu banyak sponsor.. dah dapat pun.. hehehe..murah rezeki, dah ada nak memberi, saya takkan nak menolak.. ye tak? ok..

Balik pada cite babywearing tadi, saya letak sekali dalam wishlist saya ni, memandangkan kedudukan rumah kami yang bertingkat-tingkat, kena naik tangga.. maklum lah flat. Eh, pangsapuri la.. ala, sama je.. Jadi saya bersemangat la survey babywearing yang sesuai dipakai start dari newborn.. sebab dah tentulah nanti kalau bawak babyHikari berjalan-jalan keluar ke kedai ke, shopping complex ke, atau ke rumah sesiapa la, then bila time balik je ke rumah, memang wajib berdukung dengan bawak barang keperluan bagai nak naik ke rumah sekali gus..

Memang penting lah ada babywearing ni supaya kita dapat 'jimat' tangan.. kan.. ha.. sebab kalau dah ber'babywearing', tak perlulah tangan tu pegang buat dukung. Boleh la pegang plastik beg ke, beg ke, barang lain ke.. sambil bawak anak sekali harung.. Ataupun sambil menumpang dalam kereta, saya boleh ber'babywearing' tanpa risau terlelap sambil mendukung.. haha.. konon nak peluk-peluk takmo letak dalam carseat..(itu idea saya je..)

haih..

dan saya dah pun terpikat dengan babywearing yang ini la... tak tau la senang pakai ke tak..


jenis wrapping.. harga pun leh tahan tu..

Ada pendapat tak?
:)

Monday, April 2, 2012

week 32 - perut menurun

Tiada apa yang perlu dirisaukan. Alhamdulillah.
Scan susulan di klinik swasta tidak menunjukkan kandungan ini bermasalah. Syukur..

Biasalah klinik desa. Pegang-pegang perut, then asumption sendiri je.. Rupa-rupanya tanda sengkak di antara kedua belah punggung memang menandakan babyHikari telah pusing ke bawah masuk ke punggung. Cuma belum enggage je lagi. Bikin panic je misi2 tu kan..

Perut saya memang sudah menurun sikit. Sebab beberapa minggu lepas sangat ketara besarnya kerana kedudukan baby melintang di tengah-tengah perut. Memang besar lah. Sekarang ni dia dah masuk dalam ruang di bawah tu, jadi perut pun turun la sikit.. hehehe.. Masih bersyukur.

Air ketuban nampak kurang, tapi masih terkawal. Kalau angkat barang berat pun akan sakit sangat bawah perut ni. Jalan pun kadang-kadang terpaksa sambil pegang perut. Gaya macam perut ni boleh jatuh bila-bila masa. Sungguh kalau tak buat, sakitnya MasyaAllah!.. jadi sekarang ni semua barang rumah encik suami yang bawakan.

Minggu ni juga macam-macam jenis makanan saya idamkan. Siap buat senarai. Cakap kat suami, nak makan semua ni sebelum bersalin. Takut teringat-ingat. Ha, tak sangka dia kata boleh. Harap berat saya akan menambah minggu ni. Jumaat nanti ada check up lagi kat Klinik Kesihatan.. menjelang minggu 30-an ni kerap sangat buat check up.

Apa-apa hal, saya tetap akan update ya.. dioakan saya..

Thursday, March 29, 2012

week 31 - 7th check up

Saya update report check up di bawah :

Tarikh : 28 March 2012
Berat : 75.9 kg (dah turun 0.7 kg)
Tekanan darah : 120/80
HB : 12.3
kedudukan janin : cephalic (nurse pegang perut je)
jantung baby : 145/min
tinggi rahim : 26 cm (sepatutnya dah nak masuk 32 cm... )

ok.. terbabas pulak nak update minggu ni. Saya diserang sakit mata dan cirit-birit secara serentak. Akibatnya, check up minggu ni berat saya turun hampir 1 kg. Dapat la nasihat panjang dari nurse. Lebih teruk lagi keputihan saya masih bersisa lagi. Mengakibatkan serviks saya yang bengkak tu masih belum surut.

Paling mengejutkan, tinggi rahim saya berkurangan! Akibatnya, buku merah saya yang asalnya sticker putih telah naik pangkat ke sticker hijau!

Risau sangat sebab, contraction (braxton hicks) saya sudah sangat kerap dialami. Saya cepat-cepat dirujuk kepada doctor, diperiksa, serviks saya yang bengkak tu menyebabkan babyHikari sudah turun ke bawah. Risiko paling besar, kelahiran pra-matang.

Nurse minta saya selesaikan tugas-tugas saya minggu depan juga. GL juga dah dibuat. Ini sebagai persediaan kalaulah saya ditahan wad, atau dikehendaki bercuti untuk rehat dari buat kerja-kerja berat, sekurang-kurangnya tidaklah saya tinggalkan macam tu je kerja-kerja saya.

Seingat saya, sudah dua minggu ni saya naik turun flat kami ni untuk pemindahan barang-barang. Tapi saya tidaklah kena angkat barang berat. Cuma kerap naik turun tangga je. Mungkin jugak tu penyebabnya baby saya dah turun.

Malam-malam sebelum tidur, nurse minta angkat kaki tinggi-tinggi. Tidak membuat kerja rumah langsung. Tak boleh angkat barang lagi. Tang rumah tingkat 6 tu, takkan lah kena pindah pulak kan.. hmm.. rasa nak balik kampung je... Buat masa sekarang saya kena monitor gerakkan baby. Sekarang ni, tengah menaip pun perut saya mengeras kuat.

Tak tahu nak kata. Saya sebenarnya tengah panic ni.. beg hospital baru nak packing, baju-baju babyHikari malam ni terpaksa lah dicuci. Buat persediaan mana yang sempat je dulu. Tapi harapnya, ini hanyalah False Alarm je...... Still.. mahu babyHikari lahir mengikut tempoh matang..

HIKARI : berdebar....

Friday, March 23, 2012

Akar bunga Siti Fatimah

(gambar : google) Bekas rakan serumah saya baru saja pulang dari umrah minggu lepas. Dia pergi dengan kakak-kakaknya dan seorang rakan kami juga. Baru kelmarin bertemu dia. Dibekalkan saya dengan cenderamata tasbih, kurma, kekacang, coklat kurma, air zam-zam dan sekuntum akar bunga Siti Fatimah. Thanks banyak-banyak kerana mengingati diri ini ketika di sana..

Akar ni susah nak dapat di sini. Biasanya boleh dapatkan di Mekah dengan mengirim dari jemaah yang pergi menunaikan Haji atau umrah. Pertama kali saya melihat akar ini. Pertama kali juga memegangnya. Jadi saya bertanya kepada kawan-kawan yang pernah mengamalkan, cara untuk merendam akar ini.

Penting ni - nak rendam kena guna air kosong biasa je tau. Bukan air panas atau air suam.. sebab sorang kawan ni bagitahu, dia dah tersilap rendam ngan air suam.. jadi air tu kelihatan berlendir dan berbau.. seksa nak minum..

Rendam dalam bekas besen ke, tupperware ke.. sampai semalaman. Tunggu dia betul-betul kembang.. Selepas rendam tu, simpan la air tu dalam botol mineral kecik. Mudah nak bawak ke mana-mana.. nak simpan dalam beg hospital pun senang. Ada yang kata, kalau akar bunga tu kembang mekar semacam je, maknanya orang tu dah betul nak bersalin la tu.. kalau tak kembang sangat, maknanya belum.. lambat lagi.. dah macam buat eksperimen lak.. tak sabo nak try.. hehe..

Ia sebenarnya petua bagi memudahkan bersalin. Air rendaman akar ini boleh la dikatakan sebagai 'air selusuh'.. Banyak pendapat berbeza-beza dalam hal bila waktu sesuai nak mula minum air akar ni. Ada yang kata start bulan ke 7 mengandung dah boleh, katanya boleh juga di sapu air tu pada perut.. then ada yang kata tunggu 9 bulan.. ada juga yang bagitau hanya saat dah sakit nak bersalin je baru boleh minum... takut sakitnya dah datang, bukaan belum lagi kalau minum awal-awal sangat..

Ha.. banyak pendapat la.. Saya mungkin amik option terakhir tu kut... dah kat spital baru nak minum.. Hehe.. Akar ni boleh digunakan berulang kali.. keringkan, pastu simpan elok-elok.. boleh diberi pinjam kepada ibu lain yang nak bersalin pulak.. atau pun diri sendiri simpan untuk kelahiran yang seterusnya.. InsyaAllah..

Lebih afdhal, baca la doa nabi yunus, selawat sebelum minum tu.. Semoga mudah bersalin..

Thursday, March 22, 2012

Apa nak kata..

Mungkin saya pernah post pasal adik saya ni dalam blog lama.

Last year, hujung Januari wife adik saya ni bersalin anaknya yang sulong. Perkahwinan saya dan adik saya dilakukan serentak pada Disember 2009. Itu la.. ada orang tua-tua kata kahwin adik beradik jangan buat serentak. Nanti ada cemburu. Ntah betul ntah tidak, tapi kesan dia ada jugak lah terasa begitu...

Semalam, di FB adik saya buat post begini..

" patutlah F (anaknya) dah mula mengada-ngada sekarang ni, rupa-rupanya nak naik pangkat...haha"

Maklum lah tahun lepas dapat baby, tahun ni dapat lagi. Murah rezekinya. Lalu saya komen jugak la di bawahnya..

"Setahun sorang nampaknya. Rezeki. Tahniah".. sungguh saya ikhlas. Ingat setakat tu saja la.
Then dia reply pula..

"Nampaknya lepas ni tiap-tiap tahun.. Sifir kami takde selang-selang.. haha.."

Anggapan saya ada unsur riak di situ (ah.. tetiba..). Terus saya rasa kecik sangat. * Benda macam tu pun nak emo ke.. Saya rasa tersinggung. Saya tak sama sepertinya. Dia tak pernah merasa tempoh TTC. Tak merasa stress dengan soal jawab. Tak pernah merasa buat temujanji gynae. Tak pernah tahu segala jenis rawatan fertility. Jadi perkara anak tiada masalah baginya. Jap ni shoot. Jap esoknya jadik. Siap boleh buat lawak lagi pasal ni..

Plan kami sekeluarga nak bercuti (family day) hujung tahun ni terpaksa lah dibatalkan disebabkan perkhabaran ini. Maklum lah terpaksa naik flight, dah buat tempahan pulak tu.. takde rezeki.. Saya yang membatalkan. Saya yang merancang ni sejak awal tahun hari tu.. Lagipun plan memang untuk semua. Kalau satu keluarga takde, jadi tak lengkap pula family day.

Dapat sms dari adik pagi ni.. "takpe pergi je la.. next time kami pi sendiri-sendiri la.."
Merajuk bunyinya. Diadukan kepada ummi, seolah-olah saya benci pulak dengan perkhabaran itu.. kerana terus batalkan rancangan.

Hmm.. apa nak kata...

HIKARI : Diam je la..

Wednesday, March 21, 2012

vaginal discharge..

Saya ingat ianya perkara normal. Ditanya kepada senior yang berpengalaman, katanya biasa lah kalau ada discharge time mengandung ni. So, saya buat tak tahu je la.. sampai lah minggu ni saya terasa ada biji-biji kecil pula. Dah macam jerawat. Mulanya tak rasa apa pun. Cuma tak selesa je. Tapi semakin hari semakin miang pulak. Takde lah sampai nak menggaru. Time nak buang air, terasa sedikit panas di situ.

Akhirnya semalam saya ke klinik jumpa doctor Siti.

Bila diketahui saya dah masuk 7 bulan lebih hamil, terus diminta saya baring.. ayookk.. nak cek miss V saya pulak dah. Merasalah saya kena teropong ngan vaginal speculum tu... Alaa, yang bentuk muncung itik tu. Maklum lah ini pertama kali miss V dimasuki bukan kepunyaan encik suami.. Lepas teropong, jalan pun jadi kengkang.. sakit la.. (tetiba teringat kenangan 1st night.. - upsss lari topik)



(google : vaginal speculum)

Lepas Doc Siti suruh saya siap-siap, then dia bagitau apa yang menyebabkan rasa ketidakselesaan saya. Saya telah mengalami 'vaginal candidas'.. dalam bahasa mudah, keputihan la.. Biasa terjadi dikalangan ibu hamil - hormon estrogen yang akan menyebabkan vagina produce lebih banyak glycogen yang memudahkan kulat melekat pada dinding vagina..

Tapi keputihan normal takpe lagi. Kalau semakin buruk, boleh mengakibatkan bayi terkena jangkitan ketika kelahiran.. Doc Siti cerita begini :
"Semasa kelahiran normal, muka baby akan keluar dulu. Dalam usaha baby tu untuk bernafas sendiri, baby tu akan menyedut apa saja di laluannya. Kalau ibu tadi banyak discharge/keputihan, mungkin baby boleh tertelan, boleh jadi gak dia akan terkena jangkitan paru-paru.. silap-silap otaknya juga boleh terjejas..."

BAHAYA ni..

So, doc Siti bagi la saya ubat makan sebiji setiap malam, ubat sapu luar dan dalam, 3 biji ubat 'clotrimazole vagina' - yang ini kena masukkan melalui miss V.. siap ada penyumbat dia lagi.. adeh..

Banyak ubat yang Doc Siti bagi, sebab katanya dalam teropong tadi, nampak serviks saya dah mengembang.. mungkin bengkak.. Sebab tu saya terasa sengkak di ari-ari.. servik dah merah gitu.. Alhamdulillah, lepas sehari je saya masukkan ubat, hari ni keluar keputihan tu berketul-ketul.. proses penyucian sudah berlaku. Gatal juga makin surut.

Saya pun tak pasti apa punca saya leh terkena jangkitan ni. Mungkin amalan makanan manis - diabetes mudah kena, kuat minum ais- maklum le musim panas tengahari skang ni, seluar kecik yang bukan jenis pengudaraan (hehehe.. kunun nak renda satin lah sangat..) - kena pakai jenis cotton la skang ni..

Apa pun, kenalah amalkan diet yang sihat.. kebersihan kena jaga.. cukup rehat dan tidur, jangan cuci pakaian dengan pewangi pakaian..

Monday, March 19, 2012

week 30 - tak lama je lagi?

(google : baby week30 - babyboy dalam gambo ni)

Berat sudah mencecah 1.4 kg, panjang pula sudah 27 cm. Kulitnya sudah semakin kurang berkedut. Makin berisi.

Cuti sekolah sudah berakhir. Penat, tapi seronok dapat balik kampung. Yey.. kami sudah masuk ke minggu 30... Keadaan diri yang kelihatan lebih ketara seperti perempuan mengandung juga seolah-olah satu rahmat. Ke mana-mana saja pergi, mendapat layanan lebih baik. Cewahh.. setakat dapat seat dalam tren, diberi duduk ketika beratur menunggu, pertolongan percuma ketika mengangkat barang, sudah seronok sangat ye.. haha...

Alhamdulillah... syukur dengan kurniaan nikmatNya.. diberi saya kesempatan merasai bertuahnya diri disayangi... weuweuweu...

Untung kepulangan ke kampung kali ni. Banyak yang ummi masakkan. Siap boleh bawak bekal balik lagi. Adik saya juga dah tak sabar-sabar nak tunggu kelahiran anak buah baru nya.. banyak cadangan nama pelik-pelik.. haiya.. ingat anak kaklong ni retisss??? glemer lah sangat.. sebetulnya kami sendiri belum ada nama finale yang betul-betul rasmi. Asyik berubah-ubah je.. tunggu lahir kot baru dapat decide..

Masuk ke minggu 30 ni, kaki saya sudah membengkak. Serius buruk. Ummi kata, kes saya ni sebab banyak minum air pastu duduk memanjang..air jatuh ke kaki.. ntah betul ke tidak.. Jadi saya cuba kurangkan minum air pulak dah.. tang asyik duduk tu, rasanya memang ye.. malas betul.. (tak baik..)

Ummi sampai sekarang tak habis-habis duk mengingatkan betapa tak lama lagi je saya dah nak due.. "kaklong dulu..ummi bersalin minggu 34 tau.. time tu... pastu.. ha ni.. ... dot..dot..dot.. ", betul-betul panjang lagi.. tak berapa ingat.. hehe... Iye ummi, nanti kaklong prepare la apa-apa yang patut... ok..ok..

BabyHikari tunggu la mummy betul-betul bersedia ok...

Friday, March 16, 2012

6th check up

tr(keterangan gambar dari google : baby yang dilahirkan minggu ke 29)

Baru nak update check up kali ke6.. week 29

Tarikh : 15 March 2012
Berat : 76.6 kg (awal pregnant - 75.6 kg)
Tekanan darah : 110/75
HB : tak amik
kedudukan janin : cephalic (nurse pegang perut je)
jantung baby : tak amik
tinggi rahim : 29 cm

Start bulan ni, check up akan jadi dua minggu sekali. Nurse suruh lengkapkan jadual gerakkan bayi. Nanti dia nak tengok check up yang akan datang. Mungkin yang akan datang ni dia akan datang ke rumah. Buat lawatan ke rumah pulak dah.. ish.. kena pastikan rumah bersih nampaknya.. hehe..

Tang kedudukan baby tu, nurse just buat pegang perut je.. terus dia tulis dalam buku 'cephalic'.. tak tau nak percaya je ke tak.. sebab haritu, pi scan..baby saya dalam kedudukan melintang. Sebelum tu pulak breech. Scan belum buat lagi dah.. tunggulah lagi next two weeks, minggu 32 nak scan.. sebab dah buat appoinment kat KK.

Perut saya sudah maju ke depan. Terasa makin berat. Saya mula sakit di sekeliling pelvic.. tidur malam makin kurang nyenyak. Kerap sesak nafas, dan panas badan.. Tapi masih teruskan menyapu minyak kelapa setiap malam.. rasa dah jarang pulak kena cramp di kaki bila dah start sapu minyak ni.. Alhamdulillah.. Minggu ni baru nak pi beli susu kambing, nak buat minum.. kalau lalu tekak ni, boleh la.. kalau tidak, tutup hidung sambil telan.. Banyak songeh pula saya ni..

HIKARI : beg spital masih belum siap lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...