Sudah masuk minggu ke 27..
Saya tidak bercadang untuk membeli set bersalin. Maksudnya saya beli satu-satu. Bukan set. Bila disemak apa yang ada dalam set-set bersalin, rasanya tak semua yang akan digunakan. Jadi, survey sendiri, beli saja apa yang perlu.
1. VCO - saya beli jenama BIODEX (Bio selusuh) - RM69.90
minyak kelapa dara ni saya akan start sapu ke perut, pinggang, peha, keliling vagina mulai minggu ke 28 nanti. Dah masuk minggu ke 36, akan mula makan sesudu sehari. Petua mudah bersalin.
2. Pilis (Jenama Air mancur ) - RM 5 sepeket
ini untuk disapu ke dahi dalam pantang nanti.
3. Spa bath Salt (Kunyit) - RM19
dalam pantang nanti, nak mandi scrub kasi hilang semua sel mati pada kulit.
4. Mandian Herba TYT - (RM12 - Saya beli 2 kotak, ada 2 uncang setiap kotak)
mandian daun-daun herba.. mudah, cuma rebus je mandian ni dalam periuk. Buat mandi dalam pantang nanti.
5. Bengkung tali - RM65 (beli kat blog ni, semua jenis bengkung ada)
Bengkung saya beli jenis yang labuh. Sebab nak kempis perut sampai punggung.. nak kepit supaya jalan pun rapat-rapat je.. hehe, menghadkan pergerakan semasa berpantang.
Lain-lain yang dah sedia ada :
1. Batu tungku (besi) - ummi yang punya.
2.Minyak urut ( Kak Intan sediakan)
3. Kapur dan limau nipis ( untuk tampal kat perut sebelum lapik bengkung)
4. Bedak sejuk
5. Minyak telon ( RM 8) - Untuk perut baby supaya tak kembung..
6. Stokin
SUPPLIMENT
Saya tak akan makan sebarang jamu, jadi saya akan menggantikan dengan suppliment tambahan dalam pantang. Baik untuk luka luar dan dalam, juga penggalak susu ibu. Saya memilih produk SHAKLEE..
1. Vita - Lea
2. B complex
3. Vitamin - c
4. zinc
5. Alfalfa
0 comments:
Post a Comment