Followers

Sunday, February 26, 2012

runsing

Suami tiada di sisi. Rabu dia akan kembali. Malam terasa sangat panjang sekali. Saya masih melayan perasaan sambil air mata berlinang di pipi. Ntah kenapa terasa murah air mata. Saya melayan perasaan sambil menangis semahu-mahunya. Ya Allah.. hati ini begitu rapuh.

Mungkin sebab saya tak ramai 'sahabat'.. kawan begitu ramai. Sahabat nan satu pun payah berhubung. Syukurlah jika kalian dianugerahkan sahabat yang ramai. Meriahnya hidup. Saya cemburu kalian yang punya kelebihan ini.

Entri saya agak merapu. Saya benar-benar kesunyian sekarang ni. Call sana-sini mencari teman berbual, sementelah sang suami sedang sibuk menjalani tugas.

Malam ini saya sendiri. Terus berteman air mata pengubat lara hati.. semoga esok menjanjikan ketenangan buat saya. Lelaplah wahai mata...

6 comments:

  1. Hikari, tamau la sedih2. Nnt baby terikut. Ibu mengandung kna happy selali ;)

    Sy sudi bersembang dgn awk kalu awk sungi sorg2. Anytime awk blh call sy kalu awk sudi. Harap awk dpt tdo lena ye mlm ni. Jgn runsing2 lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much yani...
      taktau nak luahkan pada sapa.. kadang-kadang perasaan mudah terusik.. bertimpa-timpa pula masalah...

      mahu amik cuti je rasanya..

      Delete
  2. Akak pun tumpang terasa perit hikari...... hikari sabar eh sayang :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...